Teruja dengan blog tapi..
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Pernahkah anda terasa teruja selepas berjaya memiliki blog sendiri dengan template dan rekabentuk yang anda sukai. Kemudian apabila anda perlu isikan kandungan blog dengan tiba-tiba anda rasa otak blank. Apa nak ditulis nih?
Jangan risau, semua orang pernah atau sentiasa mengalami masalah yang sama termasuk saya. Iyea, bila anda telah bersedia menghadap komputer namun terasa otak bagai tidak dapat berfungsi.. menghasilkan ayat pertama untuk blog.
untuk bacaan lanjut:
Review EasyautoRes - Benarkah Ia Autoresponder Terhebat!
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Apa khabar anda hari ini, dan bagaimana dengan perniagaan internet anda?
Sebelum ini saya mengalami satu keadaan di mana ia mempengaruhi semangat saya untuk terus aktif dalam bidang yang telah saya pilih iaitu perniagaan internet.
Mungkin saya perlu berkongsi sedikit masalah atau keadaan semasa saya di sini. Bukan ingin menagih simpati cuma sekadar ingin berkongsi.
Sebelum ini saya masih mencari-cari sistem autoresponder yang boleh saya gunakan bagi merancakkan lagi langkah saya dalam dunia perniagaan internet.
Oleh kerana bajet yang tidak mengizinkan, sistem autoresponder berbayar seperti aweber dan getresponse terpaksa ditolak ke tepi. Memang bagus jika menggunakan sistem berbayar tapi kena lihat pada poket sendiri gak. Tak mampu kita cari alternatif lain.
Saya pernah mencuba autobot, sistem autoresponder percuma. Pada mulanya ok tapi terlalu byk iklan kekadang memeningkan dan peratus email tidak sampai lebih tinggi. Jadi terpaksa lah cari yang lain.
Goodek punya goodek saya terjumpa tentang easyautores, panduan pemasangan sistem autoresponder dengan skrip percuma. Agak menarik juga nie.
Harganya pun …mampu dimiliki. Jadi saya pun melakukan siasatan. Goodek lagi cari review dan komen pengguna yg pernah menggunakannya. Boleh dikatakan semuanya positif jadi tanpa berlengah lagi saya pun nekad utk memilikinya satu.
Duit dalam tangan tak banyak tapi memikirkan ia satu keperluan maka pejamkan mata ajer..bayar jerlah.
Bila pertama kali cuba install..eehhh…senangnya. Tak der error langsung.. dah berjaya ker? Biar betul. Tak per kita cuba try test.
Macam tak percaya, senang jer nak gunakan skrip ni. Semua telah diajar dalam ebook panduan oleh saudara Berneard.
Baiklah saya cerita sikit ciri-cirinya.
1. Skrip Percuma. Anda perlu upload ke hosting anda
2. Lakukan sedikit ubahsuai(jgn risau semuanya diajar) dan.. walla dah boleh guna.
3. Copy kod html ke laman web aau blog anda dan anda akan memiliki senarai prospek anda sendiri.
Mudah bukan. Tak percaya, kena cuba sendiri.
Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut, boleh klik sini untuk maklumat lanjut.
Dan jika anda berminat untuk miliki satu, anda boleh membelinya melalui link saya : EasyAutoResponder dan saya akan rebet kembali duit anda sebanyak RM8.00.
Selepas melakukan bayaran jangan lupa emailkan saya bukti bayaran beserta nama bank dan no akaun anda untuk mendapatkan kembali RM8.00 anda.
PERHATIAN! Tawaran rebet hanya untuk 10 8 yang terawal sahaja. Buat keputusan sekarang dan saya jamin anda tidak akan menyesal memilikinya.
untuk bacaan lanjut:
Faktor-X : Membina Jenama
Ada apa dengan nama? Kenapa perlu mempunyai nama yang dikenali terutama dalam bidang perniagaan? errmmmm…kenapa yek…..
Membina Jenama seperti membina kredibiliti iaitu kepercayaan orang kepada kita sama ada produk atau perkhidmatan yang ditawarkan.
Cuba fikir sejenak anda sebagai pembeli, anda masuk dalam satu pasaraya untuk membeli barangan harian. Antara susu pekat cap teko dengan cap XY(baru dipasaran) yang manakah pilihan hati?
Pasti ramai yang memilih cap teko kerana ia telah terbukti sedap dan telah lama berada di pasaran ditambah dengan pengiklanan yang berkesan.
untuk bacaan lanjut:
Projek Terbaru - Keli Kanvas
Salam sejahtera…. harap semua sihat bersama yang tersayang.
Agak lama saya tak update blog ni yea. Maaf kalu ada yang tertunggu-tunggu.
Sebenarnya saya agak sibuk kebelakangan ni. Beberapa projek baru perlu dilaksanakan dan… saya dapat lagi anak saudara.
Berkenaan pojek baru, abang ipar saya bersungguh-sungguh ingin menternak ikan keli selepas beliau melawat beberapa tempat yang telah berjaya mengusahakanya. Oleh kerana beliau tinggal di Keratong, Pahang maka segala kerja-kerja kasar seperti memotong kayu, memasang rangka kanvas, menempah kanvas sehinggalah memasukkan air ke dalam bekas ikan terpaksa dilakukan oleh suami saya. Kiranya mereka ni rakan kongsila, abang ipar keluarkan modal dan suami saya yang usahakannya. Komisen nanti kiralah.
Setelah berpenat lelah dan ….. akhirnya….
Ini pula detik-detik pertama melepaskan benih ikan keli ke kolam buat pertama kalinya.
Jumlah untuk 2 kolam bersaiz 10 kaki x 10 kaki adalah 6200 ekor. Seekor anak ikan berharga RM0.10
Manakala tengah seronok pasal ikan keli ni hah, pokok naga yang ditanam tak sampai 6 bulan dulu dah berbuah. Seronok dapat merasa buah sulung hasil tangan kami (suami saya yang membaca dan memasang tiang). Walaupun saiz buahnya tak begitu besar tapi isinya manis dan memang puas hati menikmatinya sampai rasa tak cukup.
Takper tunggu buah seterusnya dan setakat hari ini dah ada 3-4 biji bunga tumbuh dan satu telah membesar dan hanya mengunggu masa untuk kembang.
Rahsia kami, baja tahi ayam…. he he he.
Seronok bila apa yang kita kerjakan dengan tangan kita dapat kita rasai. Seperti buah naga. Kami menanamnya untuk suka-suka tak sangka pula ia menjadi semakin seronok. Betul kata orang, berbudi pada tanah banyak faedahnya. Selain mengeluarkan peluh, terasa puas bila dapat mengutip hasil kita sendiri.






Komen Terkini